Pertemuan Dan Perpisahan

Isnin, 17 Mei 2010

Selamat hari guru...

dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu miliknya
pelita dan lampu segala
untuk manusia sebelum menjadi dewasa
dialah ibu dialah bapa juga sahabat
alur kesetiaan mengalirkan nasihat
pemimpin yang ditauliah kan segala umat
seribu tahun katanya menjadi hikmat
jadilah apa pun pada kehidupanmu,guruku
budi yang diapungkan di dulang ilmu
pangilan keramat "cikgu" kekal terpahat
menjagi kenangan ke akhir hayat....
selamat hari guru "cikgu"...

Selamat Hari Ibu....

Selamat hari ibu ma..... rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat hsri ibu buat ma saya yang tercinta Rokiah Binti Derama (kak sah)... semoga panjang umur dan dilimpahi kesejahteraan dalam kehidupan dan dimurahkan rezeki.... I LOVE U MA....



Happy Birthday sayang ku......


Selamat hari lahir isteriku,
kerana kau setia disisiku
Tidak pernah ku dengari jemu dihati mu
dengan penuh kerelaan kau taburkan khidmatmu...
Selamat hari lahir,sayangku
kuucap terima kasih kerana
engkau rela aku jadi teman hidupmu..

tidak pernah menyesal sanggup melahur zuriatku
dan berpenat lelah mengasuh mereka..
Selamat hari lahir,kekasihku
kuucap terima kasih kerana sanggup berkongsi suka duka
dan membuat aku merasa tenang dan bahagia
takdir menemukan kita
engkau satu dalam sejuta
aku beruntung kerana berpeluang untuk berteduh di bawah
pohon kasihmu.Selamat hari lahir,cintaku kuucap terima kasih kerana engkau rela melayari bahtera kehidupan bersamaku........
(17 may 1976)