Pertemuan Dan Perpisahan

Selasa, 8 Jun 2010

Tiroid..

Hari ni 08/06/10 aku ke hospital untuk buat medical check up.
Aku disahkan oleh doktor menghidap penyakit tiroid yang tk berapa serius.
Doktor menasihatkan agar aku makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan.
Tanda2 penyakit yang aku alami selama ini seperti berat badan menurun, badan rasa lemah, tangan menggigil, cepat marah, badan cepat berpeluh....
Semua tanda itu aku alami beberapa bulan lepas........
Rupa2nya Allah menduga aku dengan peyakit yang dinamakan TIROID
Walaubagaimana pun aku terima qada' dan qadar Allah SWT dengan redha.........

Isnin, 17 Mei 2010

Selamat hari guru...

dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu miliknya
pelita dan lampu segala
untuk manusia sebelum menjadi dewasa
dialah ibu dialah bapa juga sahabat
alur kesetiaan mengalirkan nasihat
pemimpin yang ditauliah kan segala umat
seribu tahun katanya menjadi hikmat
jadilah apa pun pada kehidupanmu,guruku
budi yang diapungkan di dulang ilmu
pangilan keramat "cikgu" kekal terpahat
menjagi kenangan ke akhir hayat....
selamat hari guru "cikgu"...

Selamat Hari Ibu....

Selamat hari ibu ma..... rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat hsri ibu buat ma saya yang tercinta Rokiah Binti Derama (kak sah)... semoga panjang umur dan dilimpahi kesejahteraan dalam kehidupan dan dimurahkan rezeki.... I LOVE U MA....



Happy Birthday sayang ku......


Selamat hari lahir isteriku,
kerana kau setia disisiku
Tidak pernah ku dengari jemu dihati mu
dengan penuh kerelaan kau taburkan khidmatmu...
Selamat hari lahir,sayangku
kuucap terima kasih kerana
engkau rela aku jadi teman hidupmu..

tidak pernah menyesal sanggup melahur zuriatku
dan berpenat lelah mengasuh mereka..
Selamat hari lahir,kekasihku
kuucap terima kasih kerana sanggup berkongsi suka duka
dan membuat aku merasa tenang dan bahagia
takdir menemukan kita
engkau satu dalam sejuta
aku beruntung kerana berpeluang untuk berteduh di bawah
pohon kasihmu.Selamat hari lahir,cintaku kuucap terima kasih kerana engkau rela melayari bahtera kehidupan bersamaku........
(17 may 1976)



Rabu, 24 Mac 2010

Rindu

Sesungguhnya jika rindu itu dirasai,rindulah pada seseorang yang merindui dijalanNya.
jika rindu seseorang...moga lebih bertambah kekuatanuntuk menyintai Allah...
jangan biarkan rindu melampaui batas hingga lupa cinta dan rindu abadi hanya kepada nya...

Selasa, 23 Mac 2010

Pertemuan dan Perpisahan

Pertemuan kita di suatu hari
Mengukirkan ukhuwwah yang sejati
Bersyukurku terhadap illahi
Di atas jalinan yang suci
Namu kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa didiri
Bersabalah diatas suratan
Kutetap pergi jua
Kau ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba -mu
Mencari hidayah daripada-mu
jalan mendidikan kesabaranku
Ya Allah tambahkan hati hamba-mu
Diatas perpisahan ini
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-mu
Senyum yany tersisa dibibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemeseraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga Tuhan berketimu
"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..," Setiap yang datang pasti akan pergi..,"
Patah tumbuh hilang berganti..." itulah antara ucapan yang sering kita dengar apabila
berlakunya perpisahan.Namu,jauh di sudut hati pasti terasa berat dengan kententuan Illahi ini.
Apa yang pasti,hidup mesti diteruskan.Semoga ukhuwwah yang terjalin akan terus hidup subur dan mekar di antara kita.....